Thursday, August 26, 2010

Daftar pemilih tertinggi








Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: PAS Kelantan antara paling tinggi berjaya menarik pengundi baru di negeri itu mendaftar sebagai pemilih berbanding di negeri Pakatan Rakyat yang lain.
Dalam rekod senarai pemilih didaftar Penolong Pendaftar dari Januari hingga Jun 2010, bagi parti-parti utama di Semenanjung, PAS Kelantan merekodkan sejumlah 15,853 pendaftaran pemilih baru yang majoritinya adalah Melayu.Berbanding di Terengganu, PAS negeri itu berjaya mendaftarkan 4,291 pengundi baru manakala di Kedah (6,583) dan di Selangor (4,516).
Jika dilihat dari sudut keberjayaan dan kesungguhan menarik pengundi baru mendaftar sebagai pemilih, maka tidak hairanlah kenapa PAS Kelantan mampu mengekalkan kuasa mereka lebih dari 20 tahun.

Untuk parti politik pula, DAP paling ramai mendaftar pemilih baru iaitu 55,321, diikuti Umno (54, 872 dan PAS (38,631)Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Harun (gambar bawah), PAS negeri itu mempunyai strategi tersendiri dalam usaha menarik pengundi baru mendaftar.
"Daftar pemilih satu kerja yang orang yang kata kalau tak gigih tak boleh buat, kalau tak bersemangat betul tak boleh buat dan kita ada strategi sendiri yang tak boleh didedahkan," katanya.
Menurutnya lagi, kejayaan tersebut juga didorong kesungguhan setiap ahli PAS negeri itu yang bergerak mencari pemilih baru boleh dikatakan hampir setiap hari."Daftar pemilih ini memang kita buat dari semasa ke semasa, setiap hari.
"Semua terlibat, setiap ahli terlibat dengan daftar pemilih ini sebab kalau mak ayah dia kuat PAS sekalipun, tapi anak tak mendaftar sebagai pemilih, tak guna juga," tambahnya lagi.Selain itu menurutnya, ianya juga sebagai bukti kesungguhan PAS Kelantan merealisasikan harapan menuju Putrajaya seperti yang disasarkan Pakatan Rakyat.
Harapan tanpa perancangan dan gerak kerja dari akr umbi katanya hanya akan menjadi angan-angan kosong."Kalau kita buat kerja untuk menuju Putrajaya, insya Allah ia akan berjaya.
"Tapi kalau setakat bercakap sahaja, tapi tinggalkan kerja-kerja lain, maka harapan untuk melangkah ke Putrajaya itu hanya angan-angan sahaja.
"Syarat-syarat untuk menawan Putrajaya itu semua orang sudah tahu cuma tinggal fasa gerak kerja sahaja," katanya.
PAS Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 pada 2004 lalu, pernah memerintah negeri itu dengan lebihan hanya satu kerusi.
Bagaimanapun pada PRU ke-12 Mac 2008 lalu, tsunami politik yang melanda negara telah mengukuhkan kembali penguasaan PAS negeri itu dengan memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) berbanding hanya enam kerusi diperolehi Barisan Nasional.
Pada pilihan raya itu juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang satu kerusi Dun.Manakala di Terengganu pula, Pengarah Pilihan Raya PAS negeri, Arifin Deraman mensasarkan jumlah 15 ribu pemilih baru akan didaftarkan.
"Dalam masa enam bulan ini kita daftar seramai 4200 lebih dan kita jangka hingga hujung tahun antara Julai hingga Disember kita jangka seramai 10 ribu. Maksudnya kita nak sampai 15 ribu dalam tempoh setahun," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan, antara masalah yang dihadapi mereka dalam enam bulan pertama ini adalah terpaksa berdepan dengan Umno negeri itu.Ramai anak muda negeri itu jelasnya, memilih untuk mendaftar pemilih dengan Umno kerana diberi habuan berupa wang ringgit.
"Cuma saya tak nafikan satu halangan yang mungkin tak berlaku di negeri-negeri lain, yang berdaftar dengan Umno diberi duit.
Sebab itu ramai anak orang PAS berdaftar dengan Umno dan itu yang menyebabkan peratus jadi rendah," jelasnya lagi.
Dalam Pada itu DAP pula mencatatkan rekod paling tinggi sehingga Jun tahun ini apabila berjaya mendaftar 20,274 pemilih baru di negeri Pulau Pinang yang dikuasai mereka.

Wednesday, June 23, 2010

Felda kini menjadi 'benteng menanah' orang Melayu

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 22 Jun: Felda, sebuah badan yang selama ini menjadi benteng orang Melayu yang dahagakan tanah kini menjadi 'benteng menanah', kata AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa dalam blognya.Ia tidak lain dan tidak bukan kerana salah urus tadbir Felda yang meletakkan kepentingan Felda sebagai badan korporat dan lambang prestij lebih penting dari penerokanya sendiri.

Dalam tulisannya itu, Husam mempersoalkan dua kesilapan besar Felda iaitu apakah benar Felda ada melabur RM500 juta di Boston & Cincinatti di Amerika tiga tahun lalu? "Apa jadi dengan pelaburan dalam Twin Rivers INC?" soal Husam dalam blognya yang menyifatkan wang itu hangus begitu sahaja.

Yang keduanya, Husam mempertikaikan langkah Felda membina ibu pejabatnya di kawasan mewah sehingga kos pembinaannya melambung dan mencecah RM660 juta berbanding dengan RM220 juta pada asalnya.

Baru-baru ini, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan ketika bercakap di Dewan Rakyat mengaku pengurangan berbilion ringgit harta Felda dalam masa yang singkat.Dalam ucapannya, Maslan mengesahkan, harta Felda susut dari RM4.08 billion pada tahun 2004 kepada RM1.35 billion pada tahun 2009.

Ekoran itu bekas timbalan menteri Tanah dan Koperasi yang kini menyertai PKR, Dr Tan Kee Kwong serta anggota Parlimen Klang Charles Santiago, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenainya.Dr Tan menyifatkan, ibu pejabat baru Felda yang sedang dibina di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur iaitu di Jalan Tun Razak umpama hotel lima bintang.Bangunan yang bakal menelan belanja RM662 juta itu dianugerahkan kontraknya kepada Naza TTDI Sdn Bhd iaitu satu syarikat kroni Umno.

Saya mempunyai maklumat sahih yang memaklumkan, daripada RM662 juta itu, RM230 juta telah dibayar dahulu sebelum kerja-kerja dimulakan," kata Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi dari 1999 hingga 2004 yang selama ini menjaga hal ehwal Felda terutamanya untuk menjawab soalan-soalan di Dewan Rakyat.

Bagi Husam, Felda terbangun dari keringat dan azam politik. Dalam membangun warganya, terdengar suara rungutan seakan ada penindasan dalam bantuan. Jika tidak dengan lingkungan terkongkong, barangkali warganya telah jauh lebih makmur. Namun, sedikit peraturan yang kurang memihak kepada warga yang keringatnya ditumpahkan dikatakan mustahak untuk menghasilkan kejayaan kolektif dalam bentuk lembaga besar Felda yang kaya raya. Tekanan itu disamakan dengan pengorbanan. "Hari ini, jika warga Felda yang telah berkorban itu dikhianati, wajarkah kita berdiam diri?" tanya Husam dalam blognya.

Hari ini, tulis Husam, tanda-tanda Felda telah dikhianati muncul satu demi satu, tetapi jawapannya yang memuaskan hati tidak muncul seperti dinanti.1. Benarkah Felda telah melabur RM 500 juta, ulang, RM 500 juta di Boston & Cincinatti di Amerika tiga tahun lalu? Apa jadi dengan pelaburan dalam Twin Rivers INC?"Benarkah pelaburan ini telah hangus?" soal beliau.

Beliau seterusnya bertanya, "Benarkah RM 500 juta ini bukannya pelaburan tetapi cara untuk wang Felda 'dileburkan'?"Tentulah pelaburan sebesar itu dibuat dengan pertimbangan yang halus dan sebab yang menasabah. Kerana pelaburannya besar, jawapan yang terang sangat dinantikan, katanya lagi.Jika pelaburan itu dibuat dengan pertimbangan teliti, mustahil ia boleh lesap begitu sahaja, tambah beliau."Jika pertimbangannya hanya kerana mengikut telunjuk satu dua orang sahaja, kita tidak tahu berapa banyak lagi wang Felda 'lebur' dengan cara ini. Apa lagi, jika 'peleburan' itu memang dirancang dan ada yang girang mengaut keuntungan darinya," katanya.

Husam juga mempersoalkan, kenapa Felda mengambil keputusan membina bangunan ibu pejabatnya di premis termahal sehingga kosnya melambung? "Adakah Felda merasa ia telah menjadi elit ekonomi dan perlu mengasingkan diri di tempat ekslusif dengan membelanjakan wang titik peluh lebih seratus ribu warganya yang setengahnya masih merempat?"Dari asalnya kos hanya sekitar RM 220 juta, kini meningkat melebihi RM 660 juta. Apakah faedah yang akan diperolehi oleh para peneroka Felda?, tanya beliau lagi."Adakah Felda memerlukan bangunan bertaraf tujuh bintang setaraf dengan KLCC? Siapakah yang membuat keputusan ini? Apa asas keputusan ini?" soalnya lagi yang menuntut jawapan telus dan berterus terang kerana ia akan membantu Felda terus utuh dan harapan warga Felda tidak punah.

Bagi beliau, pengakuan kerajaan di Dewan Rakyat bahawa akaun Felda telah merosot berbillion ringgit dalam sekelip mata membuktikan berita-berita tentang wang Felda diurus sesuka hati mula menampakkan ada kebenarannya."Namun, penjelasan Kerajaan hanya mengukuhkan apa yang kita dengar. RM 2 billion yang kononnya surut kerana digunakan untuk program tanam semula semacam mengiyakan wang sebanyak itu memang telah hilang. Bagi menjawab wang itu memang telah hilang tetapi mengelakkan warga Felda melenting, ia dikaitkan dengan tanam semula. Padahal, tabung tanam semula telah sedia wujud dari potongan para peneroka dan ia telah diletakkan dalam akaun yang berasingan. Satu perkara dua kali kira."

Rakyat, terutama orang Melayu perlukan jawapan. Jawapan yang paling baik ialah melantik odit bebas dengan satu laporan di Parlimen diperlukan. Bukan hanya jawapan politik Ketua Penerangan UMNO Malaysia. "Lagi pun, Felda bukan milik UMNO. Felda tidak harus dibenarkan 'cair' bersekali dengan trend bocornya kerugian satu demi satu konglomerat negara kita," tegas beliau.

Wednesday, June 9, 2010

Muktamar papar kejayaan 20 tahun PAS perintah Kelantan

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 9 Jun: Sebagai tuan rumah Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 Jun ini, PAS Kelantan akan memaparkan sejarah perjuangan mereka memerintah negeri itu yang kini sudah lebih 20 tahun.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ia berkisar bentuk-bentuk kejayaan yang telah dicapai di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pembaharuan yang dibuat sepanjang mengambil alih pemerintahan negeri daripada Umno BN sejak 1990.

Kerajaan PAS Kelantan, katanya telah membuktikan kemampuan mereka mentadbir sebuah negeri dengan baik (good governance) sehingga beberapa pendekatan mereka dilihat mendahului dan terkedepan berbanding negeri lain.

"PAS Kelantan mendahului, yang lain ikut. Negeri yang miskin, menerima beban hutang daripada zaman Umno dulu tetapi mampu mengurus negeri membuat perubahan seperti negeri lain.

"Kelantan juga mampu menurunkan kadar kemiskinan mengatasi Terengganu dan Sabah yang diperintah Umno," katanya kepada Harakahdaily. Kelantan juga, katanya boleh dijadikan bukti bahawa Pakatan Rakyat mampu memerintah negara Malaysia dengan lebih baik berbanding 50 tahun diperintah Umno BN.

Sebagai bukti katanya, pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi yang menjangkakan Malaysia akan bankrap dalam masa sembilan tahun lagi.

"Sebab itu kita yakin kalau Idris Jala kata Malaysia bankrap sembilan tahun lagi, nak selamat kena bagi kat kita (Pakatan Rakyat) sebab kita dah buktikan di Kelantan dan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, itu negeri yang tidak ada hasil banyak.

"Kalau Malaysia diperintah Pakatan Rakyat, rakyat bukan setakat kenyang tapi muntah balik, sebab terlalu kenyang," katanya seloroh.

Wanita Pakatan desak tarik balik lesen judi

Wanita Pakatan desak tarik balik lesen judi
Hazayani Zakaria






















KUALA LUMPUR, 8 Jun: Wanita Pakatan Rakyat (PR) hari ini mendesak kerajaan menarik balik lesen judi sukan (sports betting) yang diluluskan baru-baru ini.



Desakan itu dibuat dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim di pejabatnya di Parlimen.



Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen sebelum penyerahan itu, Ketua Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh menyeru pimpinan Umno BN yang beragama Islam agar kembali kepada ajaran Al-Quran yang secara terang-terangan melarang umat Islam berjudi.



Malah katanya, agama-agama lain juga tidak menggalakkan pengganutnya berjudi kerana ianya memberi banyak impak negatif.



"Kepada pemimpin Umno yang beragama Islam, saya meyeru kepada mereka agar kembali kepada perintah Allah SWT yang melarang perjudian di dalam Al-Quran. Malah kalau tanya agama lain sekalipun, semuanya menolak amalan judi," katanya.



Dalam kenyataan bersama yang dibacakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, wanita PR membantah keras lesen judi sukan itu kerana ia akan mengakibatkan wanita yang menanggung risiko dan mudaratnya.



"Sukan adalah aktiviti yang menyihatkan.Tetapi apabila dicemari dengan judi, ia bertukar menjadi mudarat, tidak menyihatkan dan memburukkan dan meruntuhkan seluruh sistem hidup serta mengancam kesejahteraan institusi keluarga dan kesejahteraan generasi muda," kata kenyataan itu.



Siti Zailah juga berkata, kelulusan lesen judi itu akan membuka ruang kepada amalan rasuah dalam sukan.



"Bila adanya lesen judi ini, atlet-atlet akan disogokkan dengan wang ringgit untuk memenangkan pasukan mereka," katanya.



Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menempelak kenyataan pemimpin kerajaan yang bercanggah antara satu sama lain.



"Kita lihat kenyataan kerajaan bercanggah. Kejap kata lulus, kejap kata sedang dipertimbangkan," katanya.

Monday, May 24, 2010

PAS timbang lantik bukan Islam sebagai senator

UPDATED @ 04:12:51 23-05-2010
Oleh G. Manimaran
May 23, 2010
KLANG, 23 Mei — PAS kemungkinan akan melantik orang bukan Islam sebagai anggota Dewan Negara sebagai iktirafan tambahan kepada pemilihan mereka sebagai calon pilihan raya, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.

PAS sedang mempertimbangkan perkara tersebut selepas ia meletakkan calon bukan Islam dalam pilihan raya umum 2008.

Selepas ini kata beliau, PAS akan membolehkan calon bukan Islam menggunakan lambang parti itu dalam pilihan raya.

“Kita akan membuka lembaran baru dalam politik negara ini,” kata beliau pada majlis pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS di sini hari ini.

Salahuddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian merupakan penasihat dewan itu.
Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa pula berkata, ahli-ahli PAS tidak harus melihat Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dilancarkan hari ini sebagai entiti berasingan dengan memisahkan anggota sayap baru sebagai “orang lain.”
“Saya minta ahli-ahli PAS supaya jangan pisahkan kita orang PAS, anda bukan orang PAS.
“Dewan Himpunan Penyokong PAS ini baru lahir, jadi ahli-ahli PAS tolonglah bimbing mereka (ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS),” katanya.

Ia dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sayap baru ini lahir dengan keputusan PAS menaikkkan taraf Kelab Penyokong PAS yang wujud sejak 2004 dengan keahlian hampir 20,000 orang.

PAS telah memperakui draf perlembagaan yang membolehkan Kelab Penyokong PAS — sayap untuk bukan Islam — menjadi Dewan Perhimpunan Penyokong PAS awal Januari lalu.
Langkah ini dilihat sebagai sebahagian usaha susulan PAS untuk menarik sokongan penyokong bukan Islam walaupun kuasanya masih dilihat terhad.

Mujahid yang menggerakan usaha penubuhan kelab ini berkata, Dewan Perhimpunan Penyokong PAS ini mempunyai struktur barisan kepimpinan mereka di peringkat pusat, negeri dan kawasan tetapi belum ada kuasa atau hak secara langsung untuk bertanding ataupun memilih barisan kepimpinan tertinggi parti itu.

Kelab Penyokong PAS kini mempunyai lebih 20,000 ahli daripada kaum India, Cina, Siam dan Iban. Ia ditubuhkan pada tahun 2004.

Dewan itu akan diketuai oleh seorang ketua dengan dibantu oleh timbalan ketua, lima naib ketua, setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan 18 anggota jawatankuasa. Ia juga akan mempunyai biro pemuda dan wanita.

Ketuanya ialah Hu Pang Chaw manakala timbalannya N. Balasubramaniam.
Dewan Perhimpunan Penyokong PAS juga akan ditubuhkan di peringkat pusat, negeri dan kawasan (bahagian).

Tetapi tiada Dewan Perhimpunan Penyokong PAS peringkat cawangan.
Jawatankuasa teknikal ke arah menaik taraf Kelab Penyokong PAS sebagai dewan atau sayap formal bagi mengiktiraf keanggotaan masyarakat bukan Islam dalam parti itu telah ditubuhkan awal tahun lalu.

“Pada 30 Mei 2009, kita berhimpun di sini, walaupun ketika itu hanya sebagai kelab penyokong.
“Hari ini, kita bertemu semula tetapi sekarang kita mencipta sejarah baru, kita lihat kelahiran sayap baru PAS, Dewan Himpunan Penyokong,” kata Mujahid lagi.

Perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa hanya Islam dibenarkan sebagai ahli parti itu.
Oleh itu bagi mengiktiraf peranan bukan Islam, PAS mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS dianggap sebagai sayap baru.

Keahlian Dewan Himpunan Penyokong PAS dibuka kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan “menerima dasar dan tujuan perjuangan PAS.”

Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Timbalan Presiden PAS Nasharudin Md Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu dan juga Ahli Parlimen PKR kawasan Kapar S. Manikavasagam.

Tuesday, April 6, 2010

Pendedahan APCO melampaui Polemik 1-Malaysia

Dr Dzulkefly Ahmad
Posted on April 5, 2010 by admin

Secara peribadi saya melihat isu APCO mestinya ditangani melampaui dan melepasi polemik samada APCO pencipta 1-Malaysia atau pun tidak.

Lebih penting dari polemik itu, ialah hakikat bahawa APCO kini secara jelasnya punya kaitan dengan regim Zionis-Israel yang bertanggungjawab melakukan pelbagai kezaliman dan pembunuhan secara ‘genocide’ terhadap Ummat Palestine.

Dewan Rakyat, secara ‘bipartisan’ atau sebulat suara melibatkan pihak Kerajaan BN dan Pembangkang Paktan Rakyat, sedikit waktu mengambil pendirian bagi menyatakan penentangan Malaysia terhadap regim Zionis-Israel khususnya dalam siri-siri serangan kejam dan pembunuhan terhadap umat Palestin di Semenanjung Gaza.

Justeru, ketika Ketua Pembangkang YB Permatang Pauh secara jelas membuktikan keterlibatan pelbagai peribadi ‘high profile’ yang terlibat dalam APCO Worldwide, samada yang berpengkalan di Tel Aviv mahupun di Malaysia dan juga penglibatan syarikat ’sister company’nya Asero dalam hal urusan perisikan dan keselamatan, maka jelas bagi kita bahawa APCO, bukanlah sekadar firma perunding perhubungan awam yang bersifat internasonal sahaja.

ASERO dikhuatiri akan mempengaruhi dasar dasar luar negara di segi urusan keselamatan dan strategik seperti yang sedang dibahaskan di parlimen hari ini yang bersangkutan dengan Rang Undang –Undang (RUU) Perdagangan Strategik 2010. RUU Perdagangan Strategik ini dilihat sebagai satu akta yang semacam meletakkan negara di bawah telunjuk Amerika Syarikat yang jelas memberikan perlindungan kepada regim Zionis-Israel.

Isyarat-isyarat awal ini sungguh menakutkan walaupun sukar untuk kita buktikan buat hari ini. Yang jelasnya ahli ahli parlimen Pakatan Rakyat keliru dan tertanya-tanya mengapa dengan tiba-tiba RUU ini dibentang dan apakah APCO ada peranan atau ASERO yang memberikan input strategik atas isu-isu besar seperti seluruh urusan kawalan dan pengurusan barang strategik termasuk senjata dan bahan yang berkaitan juga ‘Weapon of Mass Destruction’ atau Senjata Pemusnah Berskala Besar.
APCO Worldwide berpengkalan di Washington, juga mempunyai 23 pejabat di seluruh dunia termasuk Tel Aviv. Adalah diketahui umum bahawa penasihat-penasihat kanan yang terlibat dengan APCO termasuklah personaliti seperti Shimon Shein, bekas Duta Israel ke Germany dan Itamar Rabinovich, bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat.

Nama-nama besar termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif APCO di Tel Aviv iaitu Gad Ben-Ari, penasihat peribadi kepada mantan Perdana Menteri Israel Yishak Rabin. Juga salah seorang ahli Badan Penasihat Antarabangsa APCO ialah Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Keselamatan Kerajaan Zionis-Israel.

Khidmat cemerlang beliau kepada Perkhidmatan Risik Israel (ISS) telah melayakkan beliau dinobatkan sebagai pemegang ‘Director’s Recognition Award’ oleh Badan Perisik Amerika Syarikat.

Jelas dan tegasnya APCO tidak lagi hanya polemik Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Bahkan ia sekaligus berpotensi menjejaskan aspek keselamatan negara dan juga serentak mampu menjejaskan nama baik dan kedaulatan negara disegi kaca mata dunia amnya dan negara umat Islam khususnya.

Kerjaan BN di bawah pentadbiran Najib dinasihatkan jangan terlalu ambil ringan dalam hal ini dan jangan menguji kesabaran dan tidak mengendahkan keprihatinan seluruh rakyat dalam hal hubungkait berurusan dengan pihak yang punya kaitan dengan Zionis -Israel. Sennsitiviti rakyat seluruhnya adalah amat tinggi dalam hal ini, khususnya umat Islam.

Justeru kerana keprihatinan ummat Islam khususnya dan seluruh warga negara Malaysia amnya terhadap isu kekejaman Zionis-Israel terhadap Zionis-Israel dan segala rangkaian dan kepentingannya, maka amat wajar bagi PAS, melalui MP-MPnya supaya membawa dan mengadapkan isu ini ke bawah Duli Yang DiPertuan Agung dan Majlis Raja-Raja yang sekaligus bertanggungjawab ke atas keselamtan dan kedualatan negara ini.


APCO: PAS rayu Majlis Raja-raja campurtangan

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 5 April: Majlis Raja-raja Malaysia dirayu untuk campur tangan dalam pembabitan syarikat perunding antarabangsa APCO Worldwide (APCO) dalam pentadbiran negara kerana ia disifatkan mengajak orang luar ceroboh negara.Mewakili Ahli Parlimen PAS, Nasharuddin Mat Isa (Bachok) berkata, perlantikan APCO tersebut seolah-olah mendedahkan keselamatan negara pada pihak asing.”Kita minta Majlis Raja-Raja segera campurtangan (supaya) perjanjian ini dibatalkan kerana ia (seolah-olah) mengajak orang luar menceroboh Malaysia),” jelas beliau dalam suatu kenyataan media di Pejabat Majlis Penyimpan Mohor Raja-Raja Malaysia.Beliau turut menafikan bahawa insiatif Ahli Parlimen PAS tersebut bertujuan untuk strategi politik sempena pilihan raya kecil di Hulu Selangor tidak lama lagi.Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kemudiannya menjelaskan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu seharusnya melihat isu tersebut sebagai isu keselamatan negara, bukan sekadar isu politik peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena meminta Apco segera diusir keluar dari Malaysia.

Sebelum pada itu, Nasharuddin yang juga Timbalan Presiden PAS memaklumkan kepada Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Malaysia, Datuk Sabtu Awwab bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu di Dewan Rakyat bahawa APCO mempunyai hubungan langsung dengan beberapa pemimpin strategik Zionis Israel.
Tambahnya, perlantikan APCO sebagai syarikat perundingan komunikasi nasional boleh mendedahkan keselamatan dalam negara kepada pihak luar.

Kata Nasharuddin lagi, Sabtu berkata, YM Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohon Besar Raja-raja Malaysia tidak boleh menyertai majlis tertutup tersebut kerana uzur.
Ujar Nasharuddin lagi, Sabtu telah menerima memorandum yang diserahkannya itu hari ini bagi pihak Ungku Ibrahim.

Sabtu berjanji untuk memanjangkan hasrat Ahli Parlimen PAS pada Majlis Raja-Raja Malaysia kelak.

Saturday, January 23, 2010

Penjelasan Kalimah dari 2 sudut

PAS’ Ulama ‘Disunited’ Stance on ‘Allah’ – 2 sides of the same coin?
Posted on January 22, 2010 by admin
Dr Dzulkefly Ahmad, Member of the Central Working Committee of PAS.

I have been asked to explain and rationalise, why there are 2 seemingly opposing positions or 2 schools of thought, taken by PAS’ top ulama leaders. It is no small feat and I have never been more uncomfortable.

Tok Guru Dato’ Nik Aziz (TGNA) the Mursyidul Am of PAS and the President of PAS DS Hj Abdul Hadi Awang (DSHA) present the proponent for ‘permssibility’ of the usage of the name of Allah by adherents of other faiths namely the Abrahamic religions (Chriatianity and Judaism), while Dato Dr Harun Din (DDHD), as the Deputy Mursyidul Am of the Majlis Syura Ulama ( and incidentally a number of Muslim NGOs and some academics), taking an opposite stance ie making it not permissible to be used by others.

My position on this issue remains as briefly expressed in recent articles that I’ve written, one in BM entitled “Allah Untuk Semua” and the other “Can PAS remain steadfast?” My latest is an Open letter to the “Mr 1-Malaysia-Prime Minister” venting my frustration to the many unending crises of the nation. They are all in my weblog (drdzul.wordpress.com) and elsewhere in cyber and print media.

I wanted to write this piece earlier but was willing to wait and read from others especially those religiously-trained ulama. As it is not so forthcoming, I now grudgingly pen this piece, after being requested to do so.

For brevity and serving the interest of my lay brethren and also friends of other faiths, I’m simplifying many complicated theological discourses. Sorry, I can’t avoid using some Arabic terminologies. Perhaps it is a good exposure to some.

Simply put, the opposing stance has come to be arrived because both ‘schools’ have taken to treat the subject from a different methodological approach, premised on two different perspectives. Little wonder of the apparently diverging conclusions.

More interestingly, despite seemingly diverging stance and consequences, they are both within the Islamic worldview and to a large extent ‘right’ in their own perspectives. If that is mind-boggling or baffling enough for a start, let us make it simpler by using the analogy of describing ‘two sides of the same coin’. I’m trying to be fair and objective.

The images of the ‘head’ and ‘tail’ of the coin is surely different, but it is describing the same coin, nonetheless. You don’t have to spill blood on that debate of establishing which side is right or more important. It is not about the right or wrong position, but the appropriate one ie of determining which is the relevant and pertinent position or perspective to take, given a certain context of space and time.

For simplicity, Islam as ad-Deen or A Way of Life is premised on two main pillars:
1. Aqidah – theological matters pertaining to Faith and Conviction in Allah (and other articles of Faith eg Prophethood, Revelation etc) and
2. Ibadah – matters pertaining to worships ie relationship of man with the Almighty Allah.
Both pillars being the main thrusts of the Dakwah or ar-Risalah (the Message) of the all Prophets and as well of the Prophet Muhammad (peace be upon him). Dakwah is the raison deter or ‘reason of being’ of all prophets and indeed of Prophethood (Nubuwah).

If the above assertions are understood, we could now proceed in understanding both arguments.
Dato’ Haron Din (DHD) argues from the perspective of Aqidah, while both Tok Gurus have taken a perspective of Dakwah (and the bigger domain of Siyasah Syar’iah – Politics from the prism of Syariah), notwithstanding the importance of the earlier.

From the discipline of Islamic Aqidah (Usuludin), Allah is a specific name of Al-Ilah or The God (Lafzul Jalalah), with the 3 aspects of ‘Unity of the Godhead’ namely: of being the Creator and Sustainer (Tauhid Rububiyah) and the Law-Giver (Tauhid Uluhiyah). Besides, there are 20 Attributes (Sifat – Al-Wujud, Al-Baqa’, Al-Wahdaniyah etc) of Allah enshrined in many verses of the Quran and 99 Names (Asma’ – like Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Malik, Al-Quddus etc) describing these attributes (Tauhid Asma’ wa Sifat).

The verses in the Surah (Chapter) of Al-Ikhlas (Purity) exemplified the Uniqueness of the Oneness of Allah. Allah says in Al-Ikhlas (verse 1-4):
“Say: He is Allah, The One,
Allah, the Eternal, the Absolute,
He begets not, Nor is He begotten,
And there is none, Like unto Him”.

Based on the above deliberation, it would be safe to conclude that Islam places as cardinal principle the Unity of Allah (Monotheism) that none of the creations is like unto him. Ever since men, from time immemorial since Adam (may peace be upon him), committed the various sins of ascribing partners, in the forms of gods, lords or even sons unto Him, prophets were sent to purify the belief of Unity of Godhead.

The discipline of Usuludin is a particular branch of the Islamic thought that serves the objective of maintaining purity and soundness of faith in the Unity of Godhead (Tauhid-Monotheism) and the other articles of faith. Within the community of believers (Ummah), a profound knowledge of Usuludin is regarded desirable and commendable as it is a safeguard against deviationist beliefs and practices.

Up to this juncture, the argument for an emphasis of studying Usuludin particularly the various aspects of Aqidah, including the names and attributes of Allah is both convincing and cogent.
Entrenched in this methodology, it logically follows that the name of Allah is concluded and perceived as belonging exclusively to the believers of the Islamic Faith. As it is only Muslims and Muslims alone that subscribe and profess the faith and conviction in Allah as Al-Ilah or The God, only Muslims are deemed deserving and worthy of using the name of ‘ALLAH”, much as it is also a Lafzul Jalalah, a special or specific name (nama khusus) of Allah besides the 99 names as mentioned above.

It is going forward from juncture that the aberration begins to show up. From the perspective of this school of thought, the usage is not only disallowed by others, but now seems sure that it must be outlawed by an enactment of laws of the state.

As the word is allegedly sacred or sacrosanct in Islam, it couldn’t be possibly used by others. Similarly ‘sacred’ or ‘holy’ words like Kaabah, Syariat, Mufti, Ulama, etc, have also now been outlawed and made exclusively for Muslims in some states in the Federation. That has become the bone of contention. The assault on reason seems more pronounced in a world of information and knowledge.

Coupled with the fear of misuse, abuse and threats of Christian proselytizing on Muslims, the outlawing of the use of the name of Allah becomes a logical progression. A perusal of the edict or fatwa of the National Fatwa Council in May 2008 depicted these underpinning and overarching reasons. The case of the banning by the Home Ministry of the name of Allah in the Malay edition of Catholic Church Herald weekly has now occupy centre-stage national controversy.

Let us peruse the position taken by the Central Working Committee of PAS ie that of TGNA and DSHA, insofar as the usage of the name of Allah vis-à-vis the bigger mission of Dakwah of the Prophet Muhammad– spanning across 13 years in Mecca and 10 years in Medina.

The Quran has in no uncertain terms documented that the community during the advent of the final prophet, Muhammad (may peace be upon him) had similarly used the word ‘Allah’. Allah says in the Holy Quran:
“If you ask them, who it is that created the heavens and the earth, they will certainly say, “Allah”. Say: “Praise be to Allah”. But most of them understand not.
(Luqman, verse 25). Similar verses could be quoted from the Chapter of Al-Ankabut: verse 65.
Theologically, the idol-worshippers of Mecca even as they accepted Allah as Rabb (God), ascribed idols and others as gods. The reason for this polytheistic practice is clarified in the Quran in the Chapter of az-Zumar (The Groups) verse 3. “We only serve them (other deities) in order that they may bring us nearer to Allah”. They nonetheless accepted Allah as the Sustainer and Creator.

More explicitly of the other Abrahamic religions, the mention of the word Allah is seen in the verse in the Chapter of Hajj (Pilgrimage) verse: 40. Allah says:
“Had not Allah Check and Balance the aggression and excesses of one set or group of people by means of another, there would surely have been destruction of monasteries, churches, synagogues, and mosques, in which the name of Allah is commemorated in abundance….” (Hajj, Chapter 22, verse 40).

From numerous other verses, it is abundantly clear, argued the ulama of exegesis (tafseer-commentaries of the Holy Quran) that the name of Allah is not an exclusive right of the Muslims. Al-Qurtubi (1214-1273) an expert in exegesis of the Quran, concluded that in verse 40 above, Allah is not only commemorated in mosques but as well in the others places of worship of the Abrahamic faiths namely Christianity and Judaism.

It would be imperative to note of the jurisdiction of two of the most outstanding contemporary scholars in the Muslim world, namely Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi and Sheikh Dr. Wahbah Az- Zuhaili who recently visited Malaysia, concerning this issue.

Both not only endorsed it as permissible but indeed commendable as a mean to unite the Brotherhood of Humanity, though not of the Brotherhood of Faith. It is the best opportunity for us to prove that Islam and religion per se should unite and not divide us.

Again, very clearly the permissibility of the usage of ‘Allah’ is enshrined in the Quran. That should supersede other arguments of Islamic Legal maxims as they are subservient to and couldn’t override the provision of the Quran texts and Prophetic tradition (in the methodology of Al-Istidlal).

More importantly, it must be always reminded that the entire Quran is in fact an embodiment of the Dakwah and the Risalah of the Prophet Muhammad in the effort to establish the true meaning of “Islam as a Mercy to Mankind” – Rahmatan Lil ‘Alamin.

Quite evidently, the thought of DDHD et al results in exclusivity and disengagement while the latter stresses on the need of Islam and Islamists to be ‘inclusive’ and ‘engaged’ in the bigger agenda of Islamic Dakwah and Islamic Political Advocacy. Engaging rather than disengaging, should be the overarching consideration of policy-makers in legislative and think-tanking position of Islamist institutions.

While the approach of Usuludin emphasises the importance of purity of faith within the Muslim Ummah, very unfortunately it unconsciously assumes a ‘siege mentality’ when it relates to others.

It invariably reduces Islam and namely ‘Allah’ together with other ‘sacred’ words, into an exclusive right of Muslims and must be protected from any intrusion from adherents of other faiths. You simply couldn’t engage when you are ‘exclusive’. On the contrary, you in fact marginalise hence alienate others.

Much as it breeds contempt, it also serves as convenient fodders for distrust between religions, a situation totally contrary to the supreme purpose of Dakwah and ar-Risalah. It many sense, it has become untenable and ludicrous.

The position of TGNA and DSHA, representing the mainstream PAS has made it categorically clear that ‘based on the Quran and the Islamic principles, the use of the word Allah by the people of the Abrahamic faiths such as Christianity and Judaism, is acceptable.

In this regard, both have again emphasised the usage of Allah must not be misused or abused or it will affect racial and religious harmony in the country. Incidentally, the former Mufti of Perlis has also stressed on the need to have clear guidelines. He said that the word ‘Allah’ could only be used to refer to the one true God and not to be ascribed to stones and idols.

DSHA has also objected to politicising the emotive issue as this could threaten the peace among the different religious groups in the country. PAS now strongly condemns the act of intimidation and violence as a mean of cowing down the citizenry to passively submit to a new form of ‘gang-sponsored terrorism’. Very positively, both TGNA and DSHA advocated a solution of dialogue and discourse as the basis of enhancing mutual respect and understanding between religions and cultures in nation rebuilding.

In all fairness, it must be said that PAS has finally out of age to present herself as an Islamist party that understands the need of a plural politics in the new democratic landscape of national politics.

It must be equaly said that this position hasn’t been taken simply to appease and to win more votes from the non-Muslims constituencies. We in fact risk marginalising our core Islamist supporters from our stronghold Malay belt. Could our political nemesis, Umno stand up to say the same?

As an Islamist Party we have to do what is first and foremost “Right” in the eyes of the Holy Quran and strive hard (making ijtihad) at contextualising it to our unique demography of a truly plural and mixed society. Yes we have to wind the middle-ground. Yes we have to win the Malay-Muslims vote. But we first seek to win the pleasure of the Almighty Allah. We seek to establish ‘Justice for All’.

If by so doing we enjoy the trust, mandate and support of the electorates, Praised be unto Allah, The Lord of the entire Universe.

Alhamdulillah! Allahu Akbar!